Anda di sini

Anggota polis maut nahas motosikal dan kereta

Advertisement
Keadaan di lokasi kemalangan maut yang meragut nyawa seorang anggota polis di KM 33 Jalan Sri Aman-Sarikei pada Selasa.
Keadaan di lokasi kemalangan maut yang meragut nyawa seorang anggota polis di KM 33 Jalan Sri Aman-Sarikei pada Selasa.

LUBOK ANTU: Seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Skrang, dekat sini, maut apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Selasa.

Ketua Polis Daerah (KPD) Lubok Antu, DSP Victor Ripon berkata, kemalangan tersebut telah berlaku di Kilometer 33 Jalan Sri Aman-Sarikei, sekitar 10 pagi.

"Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia 35 tahun sedang menunggang motosikal dan bergerak lurus dari arah Betong menuju ke arah Sri Aman.

"Ketika sampai di lokasi kejadian, sebuah kereta telah keluar secara tiba-tiba dari simpang pekan Engkilili dan bertembung dengan mangsa.

"Impak kemalangan tersebut telah menyebabkan mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," kata Victor dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Sementara itu, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Berikutan itu, kata Victor, pemandu kereta terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

"Pemandu terbabit telah ditangkap di bawah Seksyen 112 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987," ujar Victor lagi.

  • oleh
  • Advertisement