Anda di sini

Pemenang pertandingan dart bawa pulang hadiah wang tunai

Advertisement
 Pasangan beregu lelaki JJMS (Johan) meraih hadiah wang tunai RM2,500 yang dianggotai oleh Stan dan Didi menerima hadiah daripada penganjur Kevin Ramirez (tengah).
JOHAN: Pasangan beregu lelaki JJMS (Johan) meraih hadiah wang tunai RM2,500 yang dianggotai oleh Stan dan Didi menerima hadiah daripada penganjur Kevin Ramirez (tengah).



KENINGAU: Pasukan beregu JJMS (Lelaki) dan OMG (Wanita) masing-masing dinobatkan johan Pertandingan Dart Beregu Kefno Homestay yang diadakan di sini baru-baru ini.


Pemenang tempat pertama beregu lelaki (pasukan JJMS) menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, kedua dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh pasukan KEFNO (RM750) dan OMG (RM300).


Sementara bahagian beregu wanita  pasukan OMG (Pipa Walter/Mel) menerima hadiah wang tunai RM500. Manakala tempat kedua pasukan JJMS (Dira/Jovie) dan ketiga pasukan KEVNO LN (Annie/Clay) masing-masing menerima RM250 dan RM100 dari penganjur.

Sebanyak 50 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita menyertai pertandingan yang diadakan selama dua hari di Kefno Homestay kampung Kali, Jalan Kg Keningau yang dimiliki oleh Kevin Ramirez.


Dalam perkembangan berkaitan Pengurus Sukan Dart Keningau, Mecallinus Surumbot berkata sukan ini (dart) kini mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di daerah ini yang dilihat menjadi landasan untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan permainan itu.


Disamping mencungkil bakat, sukan permainan itu juga dilihat mampu mengukuhkan silaturahim yang mampu memupuk semangat keharmonian melalui persaingan sihat dan berkualiti.

  • oleh
  • Advertisement