Anda di sini

Kerajaan negeri terima dividen RM113 juta

Advertisement
 Hajiji (tengah) menyaksikan penyampaian dividen daripada Salleh (kiri) kepada Rusdin (dua kanan) pada majlis itu.
DIVIDEN: Hajiji (tengah) menyaksikan penyampaian dividen daripada Salleh (kiri) kepada Rusdin (dua kanan) pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerima dividen berjumlah RM113,266,306.35 daripada 12 Badan Berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi tahun 2021 membabitkan peningkatan sebanyak 12.92 peratus berbanding tahun lepas.

Dividen yang dibayar oleh Badan Berkanun berjumlah RM20,243,636 melibatkan Lembaga Pelabuhan Sabah sebanyak RM2,743,636 dan Perbadanan Pinjaman Sabah berjumlah RM17.5 juta.

Sejumlah RM93,022,670.35 dividen diterima daripada GLC termasuk Sabah Energy Corporation Sdn Bhd sebanyak RM10 juta, Progressive Insurance Berhad (RM6.6 juta), Sawit Kinabalu Berhad (RM10 juta), Desa Plus Sdn Bhd (RM5 juta), Petronas Dagangan Berhad (RM170,000), Tongod Plantation Sdn Bhd (RM1.02 juta),  Innoprise Corporation Sdn Bhd (RM2.1 juta), Felda Global Ventures Holdings Berhad (RM2 juta), Tabin Wildlife Sdn Bhd (RM81,644), Saham Sabah Berhad (RM1 juta), Sabah Development Berhad (RM40 juta) dan Qhazanah Sabah Sdn Bhd (RM15 juta).

Qhazanah Sabah turut menyampaikan tambahan RM5 juta di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), manakala kerajaan negeri turut menerima sumbangan RM1 juta daripada Korporasi Pembangunan Desa (KPD) yang mengisytiharkan keuntungan berdasarkan prestasi anak syarikatnya tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan dividen kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Rusdin Riman dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar menyerahkan replika cek sebanyak RM87,869,819.82 daripada anak syarikat Yayasan Sabah ICSB kepada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah yang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong yang juga Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sabah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Datu Rosmadi Sulai; dan Pengerusi Qhazanah Sabah Sdn Bhd Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak.
 

  • oleh
  • Advertisement