Anda di sini

Kaunter, pejabat tingkat bawah bangunan DBKK ditutup sementara

Advertisement
NOORLIZA
NOORLIZA

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menutup semua kaunter serta pejabat di tingkat bawah bangunan ibu pejabatnya.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata penutupan itu adalah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja disinfeksi pejabat.

“Orang ramai yang ingin berurusan termasuk melakukan pembayaran bil DBKK sepanjang waktu penutupan itu boleh mengunjungi Kaunter Pembayaran DBKK di tingkat enam Menara UTC.

“Pembayaran juga boleh dibuat secara talian dengan melayari web E-Services DBKK bagi pembayaran Cukai Kadaran, Kompaun serta Lesen DBKK di pautan https://eservices.dbkk.sabah.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya pengguna juga perlu memuat turun aplikasi melalui Playstore atau Appstore untuk pembayaran Cukai Kadaran di DBKK e-cukai.

“Malalui kaedah pembayaran Sabah Pay, pengguna boleh membuat bayaran Cukai Kadaran serta Kompaun serta aplikasi Jompay dengan menggunakan Biller code iaitu 56739,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement