Anda di sini

Ular sawa masuk kediaman berjaya ditangkap

Advertisement
 Ular sawa sepanjang lebih tiga meter berjaya ditangkap.
TANGKAP: Ular sawa sepanjang lebih tiga meter berjaya ditangkap.

KOTA KINABALU: Seekor ular sawa berjaya ditangkap oleh pasukan bomba selepas memasuki sebuah rumah di Taman Melawa Jaya, Sepanggar, di sini, pagi tadi.  

Ular sawa tersebut turut menelan dua ekor kucing peliharaan tuan rumah berkenaan yang diletakkan di dalam sangkar.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 pagi.

“Sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati ular sawa batik sepanjang lebih tiga meter berada di dalam sangkar kucing dan difahamkan telah menelan dua ekor kucing,” katanya.

Katanya, pasukan bomba segera melakukan operasi menangkap ular sawa tersebut dengan menggunakan alat penangkap ular.

“Pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan tersebut bagi memastikan semuanya dalam keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.08 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement