Anda di sini

Penduduk Kg Sungoi ambil pendekatan bina gelanggang secara gotong-royong

Advertisement
 Penduduk Kg Sungoi bergotong royong membina gelanggang bola tampar dan sepak takraw.
BINA: Penduduk Kg Sungoi bergotong royong membina gelanggang bola tampar dan sepak takraw.



TAMBUNAN: Penduduk kampung Sungoi mengambil pendekatan untuk melaksanakan pembinaan gelanggang sepak takraw dan bola tampar secara gotong-royong bagi memastikan masyarakat di kampung berkenaan dapat melakukan aktiviti sukan dan riadah.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kg Sungoi Lazarus Denis berkata, hasrat penduduk kampung untuk memiliki gelanggang kini dapat direalisasikan hasil sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.


Tambah beliau, semua kos pembelian peralatan bahan pembinaan gelanggang itu disumbangkan sepenuhnya oleh Jeffrey dan kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan oleh penduduk secara gotong-royong yang dilihat dapat mengurangkan sedikit kos.


Jelas Lazarus lagi, dengan adanya gelanggang itu ianya secara tidak langsung dapat memupuk budaya sukan dalam kalangan penduduk yang dilihat memberi pelbagai manfaat kepada para belia sekaligus mengekalkan kecergasan minda serta fizikal.


Disamping itu, pelaksanaan secara gotong-royong juga dilihat dapat mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim antara satu dengan lain yang dilihat dapat meningkatkan kualiti kehidupan bermasyarakat.


“Selain dapat menjimatkan kos, semangat bergotong royong, bekerjasama dan bantu membantu masih jelas diamalkan dalam kalangan penduduk di kampung ini dalam menjayakan sebarang program yang dirancang sekaligus dapat mengeratkan silaturahim antara satu dengan lain.


“Dengan adanya gelanggang ini nanti masyarakat setempat dapat menjalankan pelbagai aktiviti sukan bola tampar dan takraw yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di peringkat usia, " kata Lazarus sambil merakamkan penghargaan kepada Jeffrey atas sumbangan pembinaan gelanggang.
 

  • oleh
  • Advertisement