Anda di sini

Pameran kucing pupuk minat cintakan haiwan

Advertisement
 Lo (tiga kiri) semasa menghadiri pameran kucing di daerah ini.
HADIR: Lo (tiga kiri) semasa menghadiri pameran kucing di daerah ini.

TAWAU: Pameran kucing dilihat mampu memupuk minat masyarakat untuk mencintai dan memelihara haiwan terutamanya spesis jinak seperti kucing.

Seramai lebih 500 pengunjung hadir menyaksikan gelagat pelbagai spesis kucing sempena pameran kucing yang diadakan di pusat membeli belah Eastern Plaza di sini, kelmarin.

Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Sabah, Lo Su Fui berkata inisiatif ini sangat baik untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat terhadap haiwan peliharaan.

“Masyarakat di daerah ini dapat mengetahui spesis kucing dan tunjuk ajar terhadap penjagaan haiwan dengan betul.

“Selain itu, melalui penganjuran berkenaan juga dapat memupuk minat masyarakat agar lebih mencintai haiwan,” katanya.

Katanya, pameran ini perlu diadakan selalu dan dibuat dalam skala yang lebih besar pada masa akan datang.

“Saya mendapati masyarakat juga sudah mula menunjukkan minat untuk memelihara kucing terutamanya spesis import.

“Kerajaan perlu menyokong usaha murni tersebut memandangkan ia juga boleh menjadi tarikan pelancongan ke daerah ini,” katanya.

Dalam masa sama, Lo turut menyampaikan hadiah berupa hamper kepada beberapa pengunjung bertuah.

Terdahulu, pameran selama dua hari itu adalah julung kali dianjurkan oleh The Mira's Cat House; De miRas Paws Cattery; AY Petshop; Pencinta Kucing Sabah dan Group Pemilik & Peminat Kucing BSH Pantai Timur.

Terdapat beberapa spesis kucing yang dipamerkan antaranya jenis Pedigree, British Short Hair (BSH), Sphynx, Cornish Rex, Abbyssinian dan Bengal.

  • oleh
  • Advertisement