Anda di sini

271 kes COVID-19, enam daerah tiada kes baharu

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Kes harian COVID-19 di Sabah terus menurun dengan jumlah sebanyak 271 kes hari ini. 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata,  Kota Kinabalu merekodkan penurunan 22 kes, manakala jumlah kes terbaru di Tuaran sebanyak 43 kes menjadi daerah kes tertinggi di Sabah.

Menurutnya, Putatan menambah 15 kes baharu dan melonjak naik ke tempat ketiga jumlah tertinggi kes harian. 

"Secara keseluruhan, jumlah kes baharu di kebanyakan daerah di Sabah menunjukkan kestabilan. Sebanyak 23 daripada 27 daerah merekodkan jumlah kes baharu di bawah paras 20 kes, 17 daripadanya mencatat kes satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di enam daerah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 263 daripada 271 kes (97 peratus) dalam kategori satu dan dua, kategori tiga merekodkan empat pesakit, seorang dalam kategori empat, dan tidak ada pesakit dalam kategori lima. 

Masidi berkata, seperti yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R0/RT pada jangkaan mengikut kes harian pada 5 Disember lepas bagi seluruh negara ialah 0.98, bagi negeri Sabah, 0.93.
 

  • oleh
  • Advertisement