Anda di sini

270,482 rakyat Sabah terima manfaat vaksinasi Program Outreach

Advertisement
 Shahelmey (kanan) sempat berbincang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Datuk Julita Majungki pada sidang DUN.
BINCANG: Shahelmey (kanan) sempat berbincang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong Datuk Julita Majungki pada sidang DUN.

KOTA KINABALU: Seramai 270,482 orang di negeri ini menerima manfaat vaksinasi menerusi Program Outreach di bawah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Shahelmey Yahya berkata, sebanyak 561 Program Outreach dilaksanakan di bawah CITF Daerah melibatkan kerjasama antara Jabatan Penerangan Negeri Sabah (JAPEN) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Pejabat Daerah, Jabatan Perpaduan Negara (JPNIN) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

Katanya, sebanyak 468 kampung terlibat dengan program berkenaan yang berakhir pada 15 Oktober 2021 dan program vaksinasi masih diteruskan oleh JKNS.

"Bagi daerah Tawau, Program Outreach dilaksanakan di 87 kampung dengan melibatkan 16,309 orang yang lengkap divaksin.

"Selain itu, sebanyak 952 lokaliti dengan pencapaian kadar vaksinasi masih rendah terlibat dengan pelaksanaan Program 'Rapid Assessment and Vaccination Operation' (RAVO).

"Program berkenaan dilaksanakan di enam daerah di Sabah bermula pada 1 Oktober 2021 dengan melibatkan daerah Kinabatangan, Kunak, Tawau, Tongod, Sandakan, dan Nabawan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Christina Liew (PKR-Api-Api) mengenai status semasa Program Outreach Vaksinasi di daerah Tawau dan jumlah rakyat yang menerima manfataa vaksinasi dari program berkenaan.

Shahelmey berkata, hasil penyiasatan pasukan RAVO ke lokaliti-lokaliti di enam daerah terbabit mendapati, sebanyak 99.4 peratus daripada responden yang layak menerima vaksin sudah lengkap divaksin.

Menurutnya, di Tawau, setakat 23 November 2021 sebanyak 310 lokaliti melibatkan 124,663 populasi terlibat dengan Program RAVO.

"Daripada 124,663 populasi itu, seramai 96,291 orang dewasa layak divaksin. Bagaimanapun hanya seramai 2,320 orang diberi vaksin melalui operasi RAVO.

"Ini menunjukkan majoriti penduduk sudah menerima vaksin menerusi program CITF sebelum itu," jelasnya.
 

  • oleh
  • Advertisement