Anda di sini

Utusan Borneo, The Borneo Post dan See Hua Daily rangkul Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2021

Advertisement
Sebahagian daripada wartawan Utusan Borneo, The Borneo Post dan See Hua Daily News yang memenangi KJA 2021. - Gambar oleh Chimon Upon
Sebahagian daripada wartawan Utusan Borneo, The Borneo Post dan See Hua Daily News yang memenangi KJA 2021. - Gambar oleh Chimon Upon

KUCHING: Wartawan Utusan Borneo, The Borneo Post dan See Hua Daily News di bawah See Hua Group memenangi beberapa kategori pada majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2021, semalam.

Rengenyan Labang dari Utusan Borneo memenangi tempat pertama Anugerah Kewartawanan Perniagaan dan Ekonomi Bahasa Iban menerusi penulisannya bertajuk ‘Pelasar Ngetanka Budaya Ngemansang Ekonomi Dayak.

Manakala wartawan The Borneo Post iaitu Yvonne Tuah Merawin dan Sharon Kong Yih Hieng masing-masing mendapat tempat pertama dan kedua untuk anugerah sama kategori Bahasa Inggeris.

Bagi Anugerah Kewartawanan Lestari, Rengenyan memenangi tempat kedua untuk kategori bahasa Iban (E.waste Buai Enggau Lebih Sistematik Kena Nyaga Pemeresi Rampa Menua. Pengerai Mensia Mayuh).

Abang Ismail Abang Sulud yang juga dari Utusan Borneo pula, memenangi tempat ketiga menerusi artikel ‘Hidupan Liar Korban Selera Eksotik, Perangi Jenayah Pemerdagangan Hidupan Liar Terlindung, Langkah Penguatkuasaan Tegas Berterusan Pihak Berkuasa Ops Khazanah, Selamatkan Haiwan’ untuk anugerah sama Bahasa Malaysia.

Sementara The Borneo Post pula menyapu bersih tempat tiga teratas untuk anugerah sama kategori Bahasa English melalui wartawannya Jacqueline Radoi David yang memenangi tempat pertama, Lai Pek Sian (tempat kedua) dan Ronnie Teo Teck Wei (tempat ketiga).

Anugerah Laporan Sukan Bahasa Malaysia menyaksikan wartawan Steve Annuar dari Utusan Borneo memenangi tempat ketiga melalui artikel ‘Miri sasar menjadi Pusat Pembangunan Sukan Pickleball’.

Bagi kategori Bahasa Inggeris, tempat pertama dimenangi Ting Tieng Hee dari The Borneo Post.

Untuk Anugerah Kewartawanan Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Luar Bandar Bahasa Melayu, tempat ketiga dimenangi Dayang Mastura Ismail dari Utusan Borneo menerusi artikel ‘Guru Muda Gigih Redah Hutan Demi Murid’.

Manakala, wartawan See Hua Daily News, Lo Kiun Sin memenangi tempat pertama untuk anugerah sama kategori Bahasa Cina.

Anugerah Kewartawanan (rencana dan berita) Bahasa Inggeris dimenangi Sharon Kong (tempat pertama) dan Jacqueline Radoi David (tempat kedua).

Selain itu, Sharon Kong dari The Borneo Post turut memenangi Anugerah Ketua Menteri Bahasa Inggeris menerusi artikel ‘The Race Towards Space’.

Sementara Anugerah Kewartawanan Ekonomi Digital Bahasa Inggeris menyaksikan tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Irene, Ronnie Teo Teck Wei dan Peter Boon.

Irene juga memenangi tempat ketiga untuk Anugerah Laporan Berita kategori Bahasa Inggeris melalui artikel ‘Adhering To New Norms To Protect Each Other’.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sebagai mewakili Ketua Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

  • oleh
  • Advertisement