Anda di sini

Kabel dasar laut, titik pendaratan dirancang lebih banyak di Sarawak 

Advertisement
Annuar mencuba alat teknologi yang terdapat di TEGAS Digital Village ketika lawatan ke fasiliti itu semalam. -Gambar PENERANGAN
Annuar mencuba alat teknologi yang terdapat di TEGAS Digital Village ketika lawatan ke fasiliti itu semalam. -Gambar PENERANGAN

KUCHING: Kerajaan persekutuan merancang untuk menyediakan lebih banyak kabel dasar laut dan titik pendaratan di Sarawak bagi meningkatkan jaringan internet antarabangsa di negeri ini. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Datuk Seri Annuar Musa berkata Sarawak mempunyai banyak kelebihan dari segi kedudukannya yang terletak dengan Laut China Selatan yang mana terletaknya rangkaian kabel dasar laut. 

“Kita sudah bincangkan untuk Sarawak punyai lebih banyak kabel dasar laut dan titik pendaratan serta penubuhan pusat-pusat data untuk menghubungkan Sarawak secara global. 

“Kalau dulu data-data Sarawak berpangkalan di Kuala Lumpur tetapi sekarang boleh berdiri sediri,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan ke TEGAS Digital Village serta Program Sembang Warung di fasiliti itu di sini semalam. 

Mengenai usaha Sarawak untuk menjadi negeri maju meherusi pembangunan ekonomi digital, Annuar berkata ia berada di landasan tepat. 

Malah katanya beliau akui Sarawak lebih maju di hadapan dalam pembangunan ekonomi digital berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. 

Sebab itu katanya Sarawak dipilih sebagai antara negeri terawal bagi pelaksanaan rangkaian 5G. 

“Saya tidak teragak-agak menyatakan Kerajaan Sarawak sangat ke depan dengan hala tuju yang sangat jelas di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

“Sebab itu kerajaan pusat  tidak teragak- agak untuk  pastikan seluruh sarawak punyai prasarana jalur lebar yang baik,” katanya. 

Jelasnya pelaksanakan rangkaian 5G tidak boleh dibuat serentak di semua negeri tetapi Sarawak antara yang diutamakan kerana kesediaan dan kemampuan Kerajaan Negeri pimpinan Abang Johari. 
 

  • oleh
  • Advertisement