Anda di sini

Hajiji terima kunjungan Dr. Santhara

Advertisement
 Hajiji (kanan) berbincang bersama Dr. Santhara ketika dalam kunjungan berkenaan.
BINCANG: Hajiji (kanan) berbincang bersama Dr. Santhara ketika dalam kunjungan berkenaan.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Dr. Santhara Kumar A/L Ramanaidu di kediaman rasminya di Sri Gaya Kota Kinabalu, hari ini.

Hajiji telah diberi taklimat peranan dan fungsi jabatan dan agensi MOTAC di Sabah oleh Dr. Santhara dan ketua-ketua jabatan dan agensi kementerian itu yang hadir.

Sehubungan itu, Hajiji mahu MOTAC dan agensinya di Sabah membantu industri pelancongan negeri ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Katanya, penggiat industri pelancongan di Sabah amat terkesan akibat COVID-19. 

"Selain Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alarm Sekitar Sabah, kita mahu MOTAC membantu merancakkan dan memulihkan semula industri pelancongan negeri ini.

“Ini termasuklah pengusaha pelancongan berasaskan komuniti yang memerlukan sokongan untuk membantu memulihkan aktiviti selepas terjejas akibat pandemik COVID-19”.

“Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu memastikan sektor pelancongan kembali rancak dan menjadi salah satu penyumbang utama kepada pendapatan negeri”, tegas Hajiji.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Roland Chia dan ketua-ketua jabatan dan agensi MOTAC di Sabah.
 

  • oleh
  • Advertisement