Anda di sini

Warga emas dijumpai lemas 

Advertisement
Keadaan mayat mangsa sejurus berjaya dikeluarkan dari sungai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Keadaan mayat mangsa sejurus berjaya dikeluarkan dari sungai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

BINTULU: Seorang lelaki warga emas berumur 65 tahun yang dikatakan keluar memancing dijumpai lemas di Sungai Sebiew di sini hari ini.

Menurut Jurucakap  Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mangsa yang dikenali sebagai Wong Say Hing ditemui terapung oleh anaknya yang berada berdekatan sungai berkenaan sekitar jam 10.30 pagi lalu bertindak menghubungi talian kecemasan.

"Seramai lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima makluman  berhubung kejadian," ujarnya.

Sampai di lokasi kejadian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan bomba bertindak mengeluarkan mayat mangsa dari sungai.

Katanya, sejurus berjaya dikeluarkan dari sungai, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian menjalankan pemeriksaan ke atas mayat mangsa dan mengesahkannya sudah meninggal dunia.

Maklumat awal yang diterima dari anak mangsa mengatakan sekitar jam 8.30 pagi tadi, mangsa dikatakan keluar dari kediamannya untuk memancing.

Anak mangsa yang bimbang dengan keselamatan ayah mereka itu ujarnya bertindak menghubungi mangsa namun tidak berjaya dihubungi.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, maka anak mangsa mencari mangsa di tepi sungai dan mendapati ayah mereka sudah mati terapung di sungai berkenaan.
 

  • oleh
  • Advertisement