Anda di sini

Usaha rapatkan jurang pembangunan luar bandar, bandar diteruskan

Advertisement
 

KUCHING: Perjuangan dan usaha pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop akan terus dilaksanakan dalam usaha merapatkan jurang pembangunan kawasan bandar dan luar bandar.

Calon DUN Semop Datuk Abdullah Saidol (gambar) berkata fokus utama pembangunan untuk penggal seterusnya sekira diberi sokongan ialah membaik pulih keadaan kampung seperti jalan dan sebagainya.

“Sehingga kini masih ada lagi jalan yang perlu dibaik pulih seperti jalan jeti di mana jalan tersebut penting untuk masyarakat di sana (DUN Semop),” katanya ketika ditemui media selepas majlis Penyerahan watikah Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Jumaat.

Jelasnya, sehingga kini lebih 80 peratus peruntukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) digunakan bagi tujuan tersebut.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang memperkenalkan RTP berkenaan. Ini kerana dalam dua penggal saya menjadi wakil rakyat, RTP inilah banyak membantu dan mempercepatkan projek-projek kecil dan sederhana di kawasan saya,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kerana sentiasa dibantu oleh ahli jawatankuasa dan rakyat di kawasan beliau yang sentiasa memberi kerjasama dalam usaha pembangunan DUN Semop.

“Tiada wakil rakyat yang gah mengatakan dapat bekerja seorang tanpa bantuan daripada sesiapapun,” tegas beliau.

  • oleh
  • Advertisement