Anda di sini

Rakyat Tenom yakin dengan BERSATU

Advertisement
 Rubin ketika berucap pada persidangan berkenaan.
RASMI: Rubin ketika berucap pada persidangan berkenaan.

TENOM: Sebanyak 28 Cawangan baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tenom telah ditubuhkan di daerah ini.

Ketua Bahagian BERSATU Tenom Datuk Rubin Balang berkata, penyertaan rakyat menjadi ahli dalam BERSATU penting agar semua pemimpin dan ahli-ahli parti dapat melakukan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Beliau juga meminta ke semua jentera Srikandi dan Armada bersedia dan mendekati para pengundi akar umbi di setiap kampung untuk mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap parti.

"Pelbagai cabaran dihadapi ketika ini disebabkan pandemik COVID-19 banyak perubahan dilakukan bagi mendekati rakyat dan membantu rakyat kerana berbagai-bagai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan harus dipatuhi.

"Ini menuntut semua jentera parti supaya bersungguh-sungguh dalam memperkuatkan sokongan dan meningkatkan lagi jumlah ahli di setiap cawangan.

"Kemenangan saya tahun lalu dalam Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) bukan mudah kerana cabaran seperti pandemik COVID-19 dan menghadapi pihak lawan yang lebih ramai dari persekutuan.

"Terima kasih kepada ahli-ahli BERSATU kerana telah memilih dan menyokong saya semula untuk menjadi wakil rakyat di Kemabong," katanya ketika merasmikan Persidangan Tahunan BERSATU BahagianTenom di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, kemenangan dalam PRN Sabah yang lalu membuktikan bahawa rakyat mahukan pentadbiran dan kepimpinan yang lebih baik.

"Keadaan pentadbiran yang bermasalah dan tidak teratur akan menjejaskan segala perancangan, bantuan, dan pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan," katanya.

Sementara itu, antara usul yang dikemukakan dalam persidangan kali ini adalah berkaitan isu pendidikan, isu ekonomi masyarakat luar bandar, isu komunikasi terutamanya talian capaian internet, isu peluang pekerjaan, kemudahan asas dan pertanian.

Mesyuarat persidangan tahunan itu turut mengusulkan agar Datuk Rubin Balang dipilih sebagai Calon Parlimen Tenom pada PRU 15, manakala Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 

Advertisement