Anda di sini

PKR pertaruhkan Hapeni di Simunjan

Advertisement
Anwar semasa bercakap dalam sidang media di pejabat PKR Bandar Kuching.-gambar oleh Chimon Upon
Anwar semasa bercakap dalam sidang media di pejabat PKR Bandar Kuching.-gambar oleh Chimon Upon

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan Hapeni Fadi sebagai calon parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Hapeni akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan.

“PKR Sarawak membuat keputusan untuk menambah seorang lagi calon yang berpotensi untuk bertanding.

“Kerusi tambahan (Simunjan) ini dibuat saat akhir kerana ada permintaan daripada masyarakat setempat dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya pada sidang media di pejabat PKR Kuching di sini, malam Jumaat.

Menurut Anwar dengan penambahan kerusi DUN Simunjan itu, ia menjadikan jumlah kerusi yang ditandingi PKR pada pilihan raya negeri sebanyak 28 kerusi.

Terdahulu, PKR Sarawak mengumumkan akan bertanding di 27 kerusi dan Hapeni menjadi calon yang ke-28 yang telah dimuktamadkan.

PKR merupakan parti komponen Pakatan Harapan (PH) bersama DAP yang bertanding di 26 kerusi serta Amanah (sembilan).

Mengenai kerjasama dengan PH, Anwar berkata meskipun ada perbincangan antara PH bagi kerusi Piasau dan Senadin tetapi kerjasama PH akan dikekalkan bagi memastikan tiada pertindihan calon.

Sementara itu mengenai pengurangan jumlah kerusi PKR yang dipertandingkan yang sepatutnya 47 tetapi kini menjadi 28, beliau berkata ia bukan bermakna memberi ruang kepada parti lawan.

Sebaliknya parti perlu memberi tumpuan kawasan yang mempunyai kekuatan serta jentera.

“Tidak benar kita memberi laluan kepada GPS (Gabungan Parti Sarawak) kerana masih ada juga parti pembangkang lain bertanding,” katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement