Anda di sini

Lapangan terbang baharu Mukah ejen pembangunan wilayah tengah

Advertisement
Ismail Sabri (kanan) ketika menandatangani plak Lapangan Terbang Baharu Mukah disaksikan Abang Johari dan tetamu kehormat  lain.
Ismail Sabri (kanan) ketika menandatangani plak Lapangan Terbang Baharu Mukah disaksikan Abang Johari dan tetamu kehormat lain.

MUKAH: Lapangan terbang baharu Mukah kini menjadi nadi kepada pembangunan sosioekonomi bagi kawasan wilayah tengah Sarawak.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Mukah merupakan salah satu kawasan utama bagi Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) di negeri ini.

"Kerajaan ada pelan induk untuk pembangunan sosioekonomi khususnya untuk penduduk di Mukah," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini hari ini.

Selain membawa pelawat serta pelancong ke kawasan ini, Mukah juga kata Abang Johari, ia juga menjadi kawasan teras bagi pendidikan.

Jelasnya, ini kerana terdapat banyak institusi pendidikan telah dibangunkan di sini.

Tambahnya, Mukah juga salah satu tempat yang mempunyai keistimewaan tarikan sebagai destinasi makanan di negeri ini.

Menurutnya lagi, melalui lapangan terbang baharu itu juga, hasil pertanian dapat dipasarkan dengan cepat dan efisien.

Abang Johari turut mengatakan ia adalah hasil daripada kerjasama erat antara kerajaan negeri dan pusat dalam memahami kehendak serta aspirasi rakyat terutamanya di negeri ini.

Katanya, pembangunan akan dapat terus diberikan dan dirancang melalui hubungan baik yang berfungsi seperti sebuah keluarga.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, menteri-menteri, timbalan menteri serta tetamu kehormat lain.

  • oleh
  • Advertisement