Anda di sini

Dua beradik dapat bantuan daripada Jeffrey

Advertisement
 Haina (dua kanan) dan rombongan menyerahkan sumbangan bantuan kerusi roda, bantuan keperluan pesakit dan bakul makanan keperluan harian kepada dua beradik Florentius dan Wadi.
SERAHKAN: Haina (dua kanan) dan rombongan menyerahkan sumbangan bantuan kerusi roda, bantuan keperluan pesakit dan bakul makanan keperluan harian kepada dua beradik Florentius dan Wadi.



TAMBUNAN: Keperitan hidup dua beradik penduduk kampung Papar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan yang mengalami masalah komplikasi kesihatan dan seorang yang mengalami kecacatan kekal pada diri (OKU) mendapat perhatian dan simpati Timbalan Ketua Menteri merangkap ADUN Tambunan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan baru-baru ini.


Dua beradik ini iaitu Florentius John yang mengalami masalah kesihatan dan adiknya Wadi John seorang orang kelainan upaya (OKU).


Setiausaha Eksekutif kepada Datuk Dr Jeffrey, Haina Juin menyerahkan sumbangan bantuan kerusi roda bagi memudahkan membantu pergerakan Wadi dan bantuan barangan keperluan pesakit berserta bakul makanan keperluan harian kepada kedua-dua penerima.


Hadir sama staf Pejabat Wakil Rakyat (PWR) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) kampung Papar Sylvester Dosis.


Pada masa sama, Haina turut mewakili Jeffrey menyampaikan sumbangan kewangan kepada pengurusan Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kg Kuala Monsok, Kamilus George bagi pembiayaan pelaksanaan pembaikan tandas awam Pusat Komuniti di kampung tersebut.
 

  • oleh
  • Advertisement