Anda di sini

Dampingi rakyat, bantu golongan memerlukan

Advertisement
 Arlinsia (tiga kiri) bersama rombongan menyerahkan kerusi roda, dana kewangan dan sumbangan bakul makanan keperluan harian kepada Stephen di kediamannya sempena lawatan itu.
SAMPAIKAN: Arlinsia (tiga kiri) bersama rombongan menyerahkan kerusi roda, dana kewangan dan sumbangan bakul makanan keperluan harian kepada Stephen di kediamannya sempena lawatan itu.


TAMBUNAN: Tugas dan peranan wakil rakyat terhadap masyarakat yang diwakili amat besar dan bukan mudah seperti yang disangka lebih-lebih lagi harapan rakyat di peringkat akar umbi.


Semangat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan yang begitu komited dan prihatin terhadap rakyatnya turut ditonjolkan oleh stafnya melalui gerak kerja sepanjang masa dalam program 'turun padang'.


Mendampingi rakyat di peringkat akar umbi adalah sebahagian usaha untuk menyelami hati rakyat dan pada masa sama pendekatan itu dimanfaatkan untuk menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada golongan yang memerlukan.


Baru-baru ini, Setiausaha Politik kepada Jeffrey, Arlinsia Agang mengetuai rombongan untuk menyantuni penduduk di kampung Nambayan.


Menurut Arlinsia, pendekatan itu dimanfaatkan bukan sahaja untuk merapatkan silaturahim dengan masyarakat setempat tetapi juga sebagai platform bagi mengetahui permasalahan yang timbul lebih-lebih lagi yang melibatkan golongan orang kelainan upaya (OKU), warga tua uzur dan yang memerlukan.


Sempena program turun padang kali ini, Arlinsia yang mewakili Jeffrey menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda, bantuan kewangan dan barangan keperluan harian kepada penduduk OKU di kampung Nambayan, Stephen Subal.


Sumbangan berkenaan adalah antara tanggungjawab sosial Jeffrey kepada golongan memerlukan dan berharap usaha tersebut dapat membantu mereka yang susah lebih-lebih lagi ketika masa sukar akibat COVID-19.


Disamping itu, Arlinsia berserta rombongan turut berkesempatan meninjau projek naik taraf bangunan balai raya kampung Libang Ulu yang masih dalam pembinaan.


Turut sama Ketua Biro Kebajikan merangkap Naib Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah AirKu (STAR) Tambunan Dr James Liew; Pegawai Perhubungan Awam Saudin Pg Ahmat; Setiausaha Biro Kebajikan Fung Kin Hau; staf pejabat wakil rakyat Saldivilla Wences, Jacob Edward dan Liza Utoh.

  • oleh
  • Advertisement