Anda di sini

COVID-19: Sarawak rekod 104 kes baharu, tiada kematian 

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak merekodkan 104 kes baharu COVID-19 hari ini dan tiada kes kematian direkodkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dengan kes baharu itu keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 251,142.

“Daripada kes baharu itu, 101 adalah kategori satu dan dua manakala kategori 4 (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) satu kes dan dua kes kategori 5  (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

“Manakala bagi daerah, hanya 18 daerah merekodkan kes harian baharu dengan Kuching tertinggi iaitu 35 kes,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ia diikuti Miri dengan 19 kes dan Limbang 12 kes sementara lain-lain daerah merekodkan kes di bawah angka 10.

JPBNS memaklumkan tiada kematian direkodkan, hari ini.

Jawatankuasa berkata tiada kluster baharu diisytiharkan serta tiada lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

  • oleh
  • Advertisement