Anda di sini

Bung sambut baik Bajet 2022

Advertisement
 Bung sempat berbincang bersama Hajiji sebelum pembentangan Bajet 2022 di DUN.
BINCANG: Bung sempat berbincang bersama Hajiji sebelum pembentangan Bajet 2022 di DUN.



KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menyambut baik Belanjawan 2022 berjumlah RM4.596 bilion yang dibentangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Jumaat.


Katanya belanjawan tersebut menumpukan usaha untuk mengurangkan beban rakyat yang amat terkesan dengan penularan pandemik COVID-19 dan pada masa sama meningkatkan ekonomi negeri.

 
"Saya menyambut baik beberapa pengumuman dalam pembentangan bajet kali ini dan turut  memberi sokongan kepada Ketua Menteri.


"Saya yakin, kita akan dapat menguruskan lagi ekonomi negeri Sabah ini dengan baik pada masa akan datang  dengan adanya pendapatan-pendapatan yang kita rancang untuk meningkatkan ekonomi negeri," katanya ketika ditemui selepas pembentangan Bajet 2022 di DUN semalam.


Mengulas lanjut berhubung belanjawan lebihan atau surplus sebanyak RM110.68 juta yang bertemakan ''Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera', Bung yang juga Menteri Kerja Raya optimis, nilai ini akan bertambah pada masa akan datang apabila kerajaan negeri berupaya memperoleh lebih banyak keuntungan yang boleh digunakan untuk membangunkan lebih banyak prasarana dan infrastruktur secara holistik untuk rakyat di negeri ini.

 
Menurut Bung, beliau juga akan berbincang dengan Menteri Kewangan berhubung langkah dan tindakan yang boleh dilakukan bagi mempertingkatkan lagi infrastruktur di Sabah.

 
"Kita memahami lebih banyak keperluan pembangunan infrastruktur diperlukan dan ditingkatkan di negeri ini antara sistem perhubungan jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik, pendidikan dan lain-lain yang memerlukan tumpuan khusus untuk menambahkan baik keperluan tersebut demi kesejahteraan rakyat," katanya.


Dalam pada itu, Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag turut menyatakan kesemua sektor yang menyumbang dalam pendapatan ekonomi Sabah perlu diselaraskan secara bijaksana.

 
Jelas beliau lagi, tumpuan juga perlu diberikan perhatian terhadap beberapa sektor antaranya sektor pertanian selain sektor pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar yang beliau gambarkan sebagai sumber utama pendapatan ekonomi negeri Sabah sebelum ini.

 
"Permintaan dalam sektor pertanian telah bertambah, demikian juga harga barangan turut naik apa lagi sektor ini juga turut terkesan semasa penularan pandemik COVID-19, justeru fokus untuk mengembalikan sektor itu kearah yang lebih berdaya maju perlu diberikan perhatian khusus dari kerajaan," katanya.


Jelasnya lagi, berdasarkan trend sektor ini, beliau melihat ia satu peluang bagi kerajaan negeri untuk menambah nilai bantuan peruntukan kepada pemain dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang rata-rata terdiri daripada masyarakat kampung.

  • oleh
  • Advertisement