Anda di sini

86.4 peratus populasi remaja negara lengkap divaksin

Advertisement
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seramai 2,719,106 individu atau 86.4 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, seramai 2,828,401 individu atau 89.9 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22,714,044 individu atau 97 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,044,061 atau 98.4 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 125,927 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,417 dos pertama, 6,721 dos lengkap serta 114,789 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,960,016 dos. - BERNAMA
 

Advertisement