Anda di sini

351 kes baharu COVID-19 di Sabah, tiada kluster baharu dilapor

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 351 kes baharu COVID-19 di Sabah semalam dengan pengurangan sebanyak 23 kes berbanding hari sebelumnya dan tiada kluster baharu dilaporkan di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata berdasarkan penelitian terhadap statistik harian di Sabah, daerah yang ditempatkan dalam kumpulan ‘empat serangkai’ menjadi penyumbang terhadap penambahan kes bahari di negeri ini.

“Empat daerah ini kembali menjadi penyumbang  emoat teratas terhadap jumlah kes harian di Sabah iaitu Kota Kinabalu bertambah sebanyak 59 kes, Tuaran 50, Kota Belud 41 dan Ranau 33.

“Daerah lain termasuk Papar, Penampang, Keningau, Beaufort dan Tenom juga mencatat kes dua angka tetapi masih dibawah paras 30,” katanya.

Masidi berkata secara keseluruhannya, 22 daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan kes di bawah paras 20 kes dengan 18 daripadanya mencatatkan kes satu angka sahaja.

Tambahnya empat daerah iaitu Kalabakan, Kunak, Semporna dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Sementara itu katanya daripada 351 kes yang direkodkan itu, 341 orang atau 97 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2 iaitu pesakit yang tidak bergejala atau hanya mengalami gejala ringan serta tidak memerlukan rawatan di hospital. 

“Hanya seorang pesakit dalam Kategori tiga, dua orang dalam Kategori empat serta dua orang lagi pesakit dalam Kategori lima. 

“Lima lagi pesakit yang lain masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Masidi berkata dengan mengambil kira statistik kes harian di seluruh negara pada 3 November lalu mendapati kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R0/RT bagi Malaysia ialah 0.97, dan Sabah pula, 0.94.

  • oleh
  • Advertisement