Anda di sini

Sarawak rekod 106 kes baharu COVID-19

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak merekodkan 106 kes baharu COVID-19 hari ini dengan menyaksikan kes harian tertinggi dikesan di Miri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dengan kes baharu itu keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 251,038 kes.

“Daripada kes baharu itu, 104 adalah kategori satu dan dua manakala dua kes adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Manakala bagi daerah, hanya 15 daerah merekodkan kes harian baharu dengan Miri tertinggi iaitu 34 kes,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ia diikuti Kuching dengan 32 kes dan Limbang 10 kes sementara lain daerah merekodkan kes di bawah 10.

JPBNS memaklumkan hanya satu kematian direkodkan melibatkan lelaki berusia 69 tahun di Sarikei dan mempunyai penyakit komorbid.

Jawatankuasa berkata tiada kluster baharu diisytiharkan serta tiada lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

  • oleh
  • Advertisement