Anda di sini

Pelajar keempat maut ekoran insiden tembakan di Sekolah Tinggi Oxford

Advertisement
 Dua pelajar dilihat berpelukan dalam kesedihan ketika melawat memorial sementara di luar Sekolah Tinggi Oxford di Oxford, Michigan kelmarin. — Gambar AFP
SEDIH: Dua pelajar dilihat berpelukan dalam kesedihan ketika melawat memorial sementara di luar Sekolah Tinggi Oxford di Oxford, Michigan kelmarin. — Gambar AFP

WASHINGTON: Angka kematian dalam kejadian tembakan terbaru di sekolah Amerika Syarikat (AS) telah meningkat kepada empat orang kelmarin selepas seorang pelajar berusia 17 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya dalam serangan di sebuah sekolah tinggi di Michigan, kata polis tempatan.

Pejabat Syerif Daerah Oakland dalam satu kenyataan berkata, Justin Shilling yang merupakan seorang pelajar di Sekolah Tinggi Oxford di pekan luar bandar Oxford, Michigan, maut akibat kecederaan yang dialaminya dalam serangan tersebut.

Pada Selasa lepas polis menyatakan, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun telah melepaskan tembakan dengan sepucuk pistol separa automatik di sebuah sekolah tinggi, menembak sekurang-kurangnya 30 das yang menyebabkan empat pelajar terbunuh dan enam orang serta seorang guru tercedera.

Tidak ada penjelasan lanjut mengenai motif serangan itu, yang mencetuskan panik di kalangan 1,800 pelajar di sekolah tersebut, kata polis.

Suspek menggunakan sepucuk pistol sembilan milimeter Sig Sauer yang diberi oleh bapanya pada 26 November, hari selepas hari Kesyukuran dikenali sebagai Black Friday untuk jualan besar-besaran di beberapa kedai di seluruh negara bagi melancarkan masa bagi pembelian hadiah Krismas, kata polis.

Suspek, pelajar tahun kedua, kelihatan telah membawa senjata itu ke sekolah di dalam beg sandangnya dan beberapa magazin peluru.

Dia menyerah diri kepada pihak polis di kawasan ruangan lorong sekolah, dengan beberapa butir peluru masih terdapat di dalam pistol itu, jelas mereka.

Pihak polis berkata, mereka telah memeriksa rumah suspek. 

“Ini dijangka akan menjadi satu siasatan yang lama dan beratus-ratus temu bual akan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan. — AFP
 

Advertisement