Anda di sini

Nicholas akan meneruskan perjuangan mendiang Masing

Advertisement
 Nicholas Kudi Jantai Maseng. -Gambar oleh Chimon Upon
Nicholas Kudi Jantai Maseng. -Gambar oleh Chimon Upon

KUCHING: Calon baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Baleh Nicholas Kudi Jantai Masing berikrar untuk meneruskan perjuangan yang telah direncanakan oleh bapa mendiang bapa saudaranya Tan Sri James Jemut Masing di kawasan itu.

Beliau berterima kasih kepada Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana telah memberi peluang untuknya mewakili Baleh.

“Saya percaya GPS salah satu platform yang berani memberi peluang kepada orang muda untuk menceburi bidang politik dan apa yang saya tahu, GPS mengutamakan golongan belia.

“Justeru, saya sebagai calon yang menggantikan mendiang Masing akan bekerja keras dengan meneruskan segala perjuangan apa telah dirancangkan oleh mendiang untuk kawasan Baleh,” katanya ketika ditemui media pada majlis penyerahan watikah pilihan raya negeri di sini, hari ini.

Nicholas, 36, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri berkata, banyak pembangunan yang harus dilakukan untuk DUN Baleh.

“Berdasarkan perancangan yang dicadangkan mendiang Masing selama ini kita akan teruskan terutama di kawasan Bukit Mabong iaitu kawasan daerah yang baharu,”ujarnya.

Mengenai isu kewarganegaraan yang diperjuangkan Masing selama ini, Nicholas berkata, beliau juga akan meneruskan seperti perancangan.

“Dan saya percaya pada pilihan raya ini, kita akan  menang di kerusi DUN Baleh ini kerana kedudukan kita berada di bawah kerajaan yang stabil iaitu kerajaan GPS,” katanya.

Kerusi DUN Baleh kosong berikutan kematian penyandangnya, Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).
 

  • oleh
  • Advertisement