Anda di sini

Mangsa kebakaran terima PPRT

Advertisement
 Jahid (tengah) ketika meninjau suasana dalaman PPRT berkenaan.
TINJAU: Jahid (tengah) ketika meninjau suasana dalaman PPRT berkenaan.

TAMPARULI: Seorang mangsa kebakaran di Kampung Mangkaladoi menerima bantuan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). 

Ganih Ajin, 59 dan keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran pada 17 Mei lalu bersyukur bantuan perumahan sumbangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di bawah pelaksanaan Pejabat Daerah Kecil Tamparuli itu. 

"Terima kasih tidak terhingga kepada pihak kerajaan, terutamanya kepada pemimpin kami, Datuk Jahid Jahim, atas keprihatinan kepada kami sekeluarga," katanya.

Jahid, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli turut sama gembira kerana Ganih dan keluarga kini memiliki tempat tinggal yang lebih selesa, tanpa perlu menumpang di rumah ahli keluarga mereka yang lain. 

"Semoga bantuan ini akan memberi satu sinar baharu dan keselesaan kepada Ganih dan keluarga untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.

Majlis simbolik penyerahan kunci rumah kepada Ganih disempurnakan oleh Jahid di tapak rumah tersebut kelmarin. 
 

  • oleh
  • Advertisement