Anda di sini

Lima rumah musnah terbakar

Advertisement
 Api marak memusnahkan lima rumah di Kampung Patikang Ulu di sini.
PADAM: Api marak memusnahkan lima rumah di Kampung Patikang Ulu di sini.

KENINGAU: Lima rumah musnah terbakar di Kampung Ulu Patikang di sini seawal jam 4.30 pagi di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau Sharudy Delamin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.35 pagi.

“Bertindak dengan kejadian sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Keningau digerakkan ke lokasi sejauh 10 kilometer dari jarak balai.

“Semasa ketibaan pasukan bomba, kebakaran sudah memusnahkan lima rumah jenis tidak kekal seluas 20X20 kaki persegi setiap satu,” katanya.

Menurutnya pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bagi mengelakkan kebakaran merebak ke kawasan lebih besar.

“Kebakaran berjaya dikawal jam 6 pagi dan tiada kecederaan serta kematian dilaporkan dalam kes ini.

“Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan sebaik memastikan lokasi kejadian selamat dari sebarang unsur bahaya, operasi keseluruhan ditamatkan jam 6.23 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement