Anda di sini

KPDNHEP Miri keluar notis bertulis kepada pembekal sayur

Advertisement
Joe Azmi (dua kanan) sedang bercakap sesuatu kepada salah seorang peniaga sayur semasa membuat pemeriksaan di Pasar Besar Krokop di sinii hari ini.
Joe Azmi (dua kanan) sedang bercakap sesuatu kepada salah seorang peniaga sayur semasa membuat pemeriksaan di Pasar Besar Krokop di sinii hari ini.

MIRI: Lima notis bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 telah dikeluarkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri kepada pembekal sayuran di sini.
    
Ketua cawangannya, Joe Azmi Jamil berkata notis bertulis itu dikeluarkan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kenaikan harga sayur-sayuran yang mereka jual.
    
"Hari ini, kita telah turun padang untuk melakukan pemeriksaan ke atas harga sayur termasuk sayur import seperti sayur kobis dan brocoli dari China.
    
"Hasil pemeriksaan, kita dapati memang berlaku kenaikan harga sayur tempatan dan import yang dijual di tamu-tamu di sini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
    
Menurut Joe Azmi, rata-rata peniaga sayur import memaklumkan berlaku kenaikan harga daripada pihak pembekal.
    
Begitu juga katanya bagi keluaran sayuran tempatan, pihak peruncit dan peladang memaklumkan isu kenaikan harga dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kekurangan tenaga kerja dan kenaikan kos  harga baja serta racun serangga.
    
Sehubungan itu katanya pihak kementerian menasihatkan para peniaga supaya tidak menaikkan harga sesuka hati.
    
"Sekiranya ada peniaga yang didapati menaikkan harga, pihak KPDNHEP akan mengeluarkan notis bertulis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011, yang mengkehendaki peniaga terlibat menjawab notis dengan pembuktian kenaikan harga tersebut untuk tujuan siasatan menyeluruh yang mempengaruhi kenaikan harga," ujarnya.
 

  • oleh
  • Advertisement