Anda di sini

Julaihi yakin menang di Sebuyau 

Advertisement
 

KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi (gambar) yakin menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12). 

Julaihi yang berterima kasih diberi peluang untuk meneruskan khidmat di Sebuyau percaya peluang ini akan membolehkannya meneruskan agenda pembangunan khususnya untuk kawasan Sebuyau. 

"Bukan kawasan Sebuyau saja saya yakin menang tetapi juga di kebanyakan tempat kerana GPS telah menjalankan kerja dengan baik," katanya. 

Beliau berkat demikian ketika ditemui selepas penyerahan watikah perlantikan calon GPS di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini oleh Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Tambah Julaihi sama ada menang besar atau tidak, apa yang penting beliau berusaha meneruskan perjuangan selama ini. 

Katanya perubahan ketara disaksikan di Sebuyau dari keadaan dahulu yang tidak dapat dihubungi kini boleh dihubungi dengan jalan raya. 

Ditanya jangkaan berapa penjuru di Sebuyau, Julaihi berkata beliau tidak pasti tetapi terdapat kelibat satu dua bendera parti lawan di Sebuyau. 

"Tunggu hari penamaan calon baru kita dapat memastikan calon yang bertanding lawan GPS," katanya. 

  • oleh
  • Advertisement