Anda di sini

Christina tidak gentar dengan dakwaan tidak berasas

Advertisement
CHRISTINA
CHRISTINA

KOTA KINABALU: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Christina Liew tidak gentar dengan dakwaan daripada pemimpin pemuda PKR negeri ini yang menolak beliau sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan parti itu.

Mantan Timbalan Ketua Menteri itu menjelaskan dakwaan oleh Penyelaras Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tawau Tommy Thomas tidak perlu penjelasan daripada beliau.

"Tiada apa yang perlu dijelaskan sebab dia hanya mewakili dirinya sendiri, kenyataan itu bukan dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PKR negeri.

"Oleh itu, tidak perlulah saya menjawab tuduhan seumpamanya," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tawau berkata, kenyataan seumpamanya adalah kebiasaan memandangkan pemilihan dalaman parti akan berlangsung tahun hadapan.

"Oleh itu, kenyataan seumpamanya sentiasa akan keluar dalam tempoh seperti ini, benar...ianya bukan sahaja berlaku dalam PKR tetapi juga parti lain.

"PKR khususnya di Tawau sentiasa turun padang melakukan kerja-kerja kebajikan rakyat, tetapi saya tidak pernah terjumpa Tommy turut serta untuk membantu rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan MPN Keadilan Negeri Sabah Chrisnadia Sinam berkata, MPN Sabah membidas kenyataan tersebut yang dikeluarkan tanpa maklumat yang benar dan cuba mengaibkan pemimpin sendiri dan menjejaskan imej parti di mata rakyat. 

CHRISNADIA
CHRISNADIA

Katanya, kenyataan itu juga seolah-olah menafikan sumbangan besar Christina yang telah berjaya mengemudikan PKR Sabah menumbangkan Kerajaan BN dengan kerjasama WARISAN dan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) Sabah iaitu DAP dan AMANAH. 

"Dengan Strategi yang tepat pada masa itu, PKR telah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Warisan PLUS dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

"Christina selaku ahli Parlimen Tawau turut yang banyak membantu rakyat di Kawasan tersebut. 

"Christina semasa menjadi kerajaan ialah melantik beberapa pimpinan AMK ke jawatan-jawatan penting dan strategik di dalam kerajaan negeri termasuklah Ketua AMK Raymond Ahuar sebagai Setiausaha Politik. 

"Jadi untuk menuduh Christina tidak membantu AMK adalah tidak tepat," katanya.

Baru-baru ini Tommy menyeru PKR untuk merombak semula kepimpinan parti itu di Sabah.


 

  • oleh
  • Advertisement