Anda di sini

475 pesakit COVID-19 sembuh di Sabah

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Seramai 475 pesakit COVID-19 telah sembuh pada 2 Disember 2021 seterusnya menjadikan jumlah kumulatif 223,788 orang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bagaimanapun sejumlah enam kes kematian dilaporkan pada hari yang sama.

"Dua kes kematian berlaku di Kinabatangan, manakala masing-masing satu kes di Kota Marudu, Kota Kinabalu, Beaufort dan Penampang.

"Tetapi bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu katanya, masih terdapat 1,448 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 632 orang di hospital, 790 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 24 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara dan dua orang di fasiliti swasta. 

Katanya, bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 67 orang merangkumi 66 di Unit Rawatan Rapi serta satu di open ward. 23 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Manakala bilangan pesakit tahap empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 45 orang," katanya.

  • oleh
  • Advertisement