Anda di sini

374 kes baharu COVID-19 di Sabah

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sejumlah 374 kes baharu COVID-19 hari ini dengan penurunan sebanyak 53 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu kekal sebagai daerah yang mencatatkan kes tertinggi dengan 61 kes, diikuti Tuaran dengan 60 kes.

"Tidak banyak perubahan di daerah-daerah lain kecuali Penampang yang mencatatkan penurunan 46 kes dan Kota Kinabalu turun 17 kes berbanding jumlah semalam.

"Daripada 374 kes di Sabah, 97 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2 yang hanya memerlukan rawatan dan pemantauan di rumah atau di PKRC sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak empat pesakit dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan tiada pesakit dalam Kategori 5. Enam pesakit lain masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

"Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, varian baharu Omicron sudah dikesan di negara ini.

"Belum banyak yang diketahui mengenai varian COVID ini yang dikatakan mampu merebak dalam kadar yang lebih cepat," katanya.

Menurutnya, semua rakyat digesa mengambil perhatian perkembangan terbaru ini secara serius dan mengambil langkah-langkah melindungi diri daripada terdedah kepada jangkitan.

Katanya, rakyat perlu patuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan pastikan perolehi vaksin yang lengkap.
 

  • oleh
  • Advertisement