Anda di sini

Wanita alami gastrik semasa mendaki Gunung Kinabalu

Advertisement
 Pendaki mengalami gastrik dibawa turun menggunakan pengusung ke Timpohon Gate.
SELAMAT: Pendaki mengalami gastrik dibawa turun menggunakan pengusung ke Timpohon Gate.

RANAU: Seorang wanita yang mengalami gastrik semasa mendaki Gunung Kinabalu terpaksa di bawa turun kira-kira jam 7.30 pagi di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata kejadian berlaku apabila mangsa berumur 45 tahun berada di Kilometer 3.3 (Mempening) iaitu di laluan Summit.

“Sebaik mendapat maklumat berkenaan kejadian ini, lima anggota Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) bergegas ke lokasi sebelum memberikan rawatan awal kepada mangsa.

“Mangsa kemudiannya dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung oleh pasukan MOSAR dengan dibantu malim gunung serta pasukan penyelamat gunung (Park SAR),” katanya.

Beliau berkata mangsa yang berjaya dibawa turun diserahkan kepada Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Tambahnya operasi ditamatkan jam 1.40 petang.

  • oleh
  • Advertisement