Anda di sini

Rumah, habuk kayu terbakar dalam dua kejadian berasingan

Advertisement
 Api marak memusnahkan sebuah rumah jenis tidak kekal di Kampung Ulu Mensiang Manggatal di sini.
MUSNAH: Api marak memusnahkan sebuah rumah jenis tidak kekal di Kampung Ulu Mensiang Manggatal di sini.
 Kebakaran habuk kayu yang disimpan di dalam boiler berjaya dipadam pasukan bomba.
TERBAKAR: Kebakaran habuk kayu yang disimpan di dalam boiler berjaya dipadam pasukan bomba.

KOTA KINABALU: Sebuah rumah musnah terbakar di Kampung Ulu Mensiang, Manggatal di sini seawal jam 9.40 pagi semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menggegaskan lapan pegawai serta anggota bagi melaksanakan operasi pemadaman sebaik menerima panggilan kecemasan jam 9.44 pagi.

“Semasa ketibaan pasukan bomba di lokasi terletak 10 kilometer dari jarak balai, api sudah memusnahkan keseluruhan sebuah rumah jenis tidak kekal seluas 60X40 kaki persegi itu.

“Pasukan bomba kemudiannya bertindak menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari tangki jentera bagi mengawal api daripada merebak lebih luas ke kawasan berhampiran,” katanya.

Menurutnya kebakaran berjaya dipadam jam 10.33 pagi dan tiada kecederaan serta kematian dalam kes ini.

Sementara itu katanya dalam kes berasingan satu kebakaran membabitkan habuk kayu dilaporkan berlaku di sebuah kilang kayu di Jalan Apin-Apin Keningau.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi menjalankan operasi memadam kebakaran habuk kayu yang disimpan di dalam boiler setinggi 30 kaki dan membabitkan keluasan 15 kaki.

“Kebakaran dapat dikawal jam 7.23 pagi,” katanya sambil menambah punca kejadian serta jumlah kerugian bagi kedua-dua kes ini masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement