Anda di sini

Robert tampil bantu penduduk yang mengalami masalah kesihatan

Advertisement
 Jeniffer (dua kanan) yang ditemani oleh Johnny dan Bibiana menyampaikan kerusi roda kepada Dius.
SAMPAIKAN: Jeniffer (dua kanan) yang ditemani oleh Johnny dan Bibiana menyampaikan kerusi roda kepada Dius.



KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik terus melaksanakan pendekatan bagi membantu rakyat di kawasan Bingkor yang berdepan dengan kesukaran akibat daripada masalah kesihatan bagi memastikan kebajikan golongan memerlukan mendapat pembelaan.


Di kampung Berungis Bingkor, Dius @Gedius Bundoi menerima sumbangan kerusi roda daripada Robert bagi memudahkan pergerakannya di rumah serta ke pusat kesihatan berhampiran untuk rawatan susulan termasuk bantuan bakul makanan berupa barang keperluan harian.


Sumbangan kepada Dius itu, disampaikan oleh Ketua Wiranita Parti Solidariti Tanah AirKu (STAR) Bingkor, Jeniffer Epil Likoh sambil ditemani oleh Pengerusi JPKK Kg Berungis Johnny Unie Gallas dan AJK Wiranita STAR, Bibiana Lasius.


Jeniffer kemudian turut menyampaikan sumbangan kewangan serta bakul makanan kepada Hately Angkangon Lopog dan warga emas, Polinus Niong Lawan dari kampung Minansut yang kedua-duanya mempunyai masalah kesihatan yang kini terlantar sakit.


Beliau (Jeniffer) mendoakan agar ketiga pesakit yang dilawatinya diberikan kesembuhan segera sambil berharap sumbangan daripada Robert itu dapat meringankan sedikit beban mereka serta keluarga.
 

  • oleh
  • Advertisement