Anda di sini

PKRP Keningau laksana ziarah bantu golongan memerlukan

Advertisement
 Jailine (kanan) menyerahkan sumbangan bantuan kewangan kepada Hately.
SERAH: Jailine (kanan) menyerahkan sumbangan bantuan kewangan kepada Hately.



KENINGAU: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau terus komited mengadakan rutin ziarah menyantuni rakyat yang memerlukan bagi memastikan kebajikan golongan itu terbela.


Pegawai Penyelaras di PKRP Keningau, Jailine Rose Lian Ginanda yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan telah melakukan kunjungan terhadap seorang penduduk di Kampung Tanah Merah di Liawan bagi melihat keadaannya.


Jailine semasa kunjungan itu, meluangkan masa bertanya khabar kepada Hately Laijin Angkangon yang terlantar sakit akibat komplikasi penyakit kanser usus dan pada masa sama menyerahkan sumbangan kewangan daripada Jeffrey.


Difahamkan, Hately tidak berupaya untuk menguruskan diri dan terpaksa berulang alik dengan bantuan keluarga untuk menerima rawatan susulan di hospital daerah di sini.


Pada masa sama Jailine turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada penduduk kampung Gasabon Apin-Apin, Lynda Ambrose yang kini terlantar di kediaman nya setelah menjalani pembedahan hati di Hospital Selayang Selangor baru-baru ini.


Kakak kepada Lynda, Jubaidah Ambrose menerima sumbangan bantuan berkenaan bagi pihak Lynda yang disampaikan oleh Jailine.

Sambil mendoakan bagi kesembuhan kedua pesakit, Jailine berharap dengan sumbangan bantuan daripada Jeffrey itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kepada  pesakit dan keluarga mereka.
 

  • oleh
  • Advertisement