Anda di sini

PEWANIS jemput Juliah rasmi Karnival HIP

Advertisement
 Juliah (kanan) diberi penerangan mengenai program HIP peringkat daerah Tuaran oleh Wanihim (kiri).
PENERANGAN: Juliah (kanan) diberi penerangan mengenai program HIP peringkat daerah Tuaran oleh Wanihim (kiri).

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Juliah Salag menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (PEWANIS) Daerah Tuaran di sini hari ini.

Rombongan PEWANIS itu diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Wanihim Othman bersama Penyelaras Karnival Program Imersif Tinggi  (HIP) Dr Bitty Ansawi.

Kehadiran rombongan PEWANIS itu adalah untuk memaklumkan isteri Ketua Menteri mengenai Karnival HIP anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran sekali gus menjemput beliau merasmikan majlis berkenaan.

Karnival HIP akan diadakan pada 9 Disember ini di Rasa Ria Resort di sini.

Wanihim berkata, kunjungan hormat itu bertujuan menjemput isteri Ketua Menteri untuk merasmikan penutupan karnival itu 

Katanya, HIP adalah program daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

"Ia antara usaha kita untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris kepada pelajar khususnya di daerah ini.

"Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang karnival ini yang turut melibatkan antaranya pelajar, guru, komuniti dan ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran isteri Ketua Menteri akan menjadi penyuntik semangat kepada semua yang hadir pada karnival ini, khususnya warga pendidik dan pelajar sekolah.

Sementara itu Bitty berharap program itu bukan saja membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tetapi juga pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang karnival boleh digunakan pelajar ketika cuti sekolah.
 

  • oleh
  • Advertisement