Anda di sini

Penjawat Awam didenda RM3,000 guna dokumen palsu sebagai tulin

Advertisement
 Tertuduh (tengah) semasa hadir dalam prosiding mahkamah.
PROSIDING: Tertuduh (tengah) semasa hadir dalam prosiding mahkamah.

TAWAU: Seorang penjawat awam dikenakan hukuman denda RM3,000 selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu sebagai tulin, enam tahun lalu di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini.

Tertuduh, Ajid Abdinah, 44, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan,tertuduh didakwa dengan curang menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulin iaitu Borang Daftar Kelahiran (Borang A) atas nama Adrianna Alanni Ajid (No. Siri SB856750).

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah cawangan Lahad Datu, di dalam Daerah Lahad Datu, pada 20 April 2015.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.

Hakim Abu Bakar Manat kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM3,000 gagal bayar tiga bulan penjara terhadap tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

  • oleh
  • Advertisement