Anda di sini

Pembukaan laluan baharu tingkat pelancongan

Advertisement
Abdul Karim menyambut ketibaan tetamu dari Pulang Pinang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini. - Gambar oleh Chimon Upon
Abdul Karim menyambut ketibaan tetamu dari Pulang Pinang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini. - Gambar oleh Chimon Upon

KUCHING: Pengurangan sekatan perjalanan ke Sarawak menyaksikan pembukaan laluan baharu Kuching-Penang sekali gus kekerapan penerbangan terus Malaysia Airlines akan dilaksanakan di negeri ini. 

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, peristiwa hari ini merupakan satu peristiwa penting bagi Sarawak dan Pulau Pinang. 

"Terima kasih kepada Malaysia Airlines menghubungkan kedua-dua destinasi pulau yang saling melengkapi. 

"Selain itu, kekerapan penerbangan terus itu menerusi pelbagai negeri antaranya Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Kota Kinabalu," katanya pada Majlis Perasmian Penerbangan Malaysia Airlines Pulau Pinang-Kuching di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini hari ini. 

Abdul Karim berkata, berbanding sebelum ini, pandemik COVID-19 pastinya membelenggu kehidupan masyarakat khasnya kepada pengembara. 

"Dalam situasi itu, semua negara sudah pasti memberi tumpuan kepada Sarawak yang sentiasa menonjolkan pakej domestik menarik menerusi jenama tempatan iaitu 'Sia Sitok Sarawak'. 

"Sambutan yang diterima menerusi program itu amat memberangsangkan dan ia sudah tentu membantu pendapatan industri pada masa mencabar ini," katanya. 

Jelasnya, Sarawak terletak di Pulau Borneo yang dipisahkan dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan dan salah satu usaha keluar masuk ke Sarawak ialah melalui udara. 

Berhubung keselamatan, Abdul Karim menjelaskan, keselamatan semua orang akan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan menerusi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat supaya pengembara sentiasa tenang untuk melancong. 

"Bagi pengembara domestik yang sudah divaksin dari semua negeri, mereka tidak perlu menjalani kuarantin semasa tiba di Sarawak," katanya sambil menambah, ujian PCR dan RTK COVID-19 juga tidak diperlukan. 

Bagaimanapun, pengembara perlu mengemukakan permohonan melalui Enter Sarawak dan mengisi borang pengistiharan e-health Sarawak sebelum ke Sarawak. 

  • oleh
  • Advertisement