Anda di sini

PBT periksa 1,078 premis perniagaan, dua dikompaun

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,078 premis perniagaan diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, hasil pemeriksaan berkenaan, dua kompaun dikeluarkan oleh PBT di daerah Penampang.

Katanya, kompaun terbabit atas kesalahan individu gagal mendaftarkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera atau mencatat nama dan nombor telefon dalam buku pendaftaran. Tiada notis atau amaran dikeluarkan oleh PBT.

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut menjalankan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ke atas 691 premis perniagaan dan 2,084 individu di 18 kawasan.

"Tiga kompaun dikenakan ke atas individu dengan kesalahan individu gagal mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera atau buku pendaftaran.

"Tiada kompaun dikenakan ke atas premis berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, rondaan Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) dan rondaan Pemantauan Pematuhan SOP Peringkat Komuniti oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut dilaksanakan di 333 premis perniagaan melibatkan 163 anggota APM.

Bagaimanapun katanya, tiada notis atau amaran dikeluarkan kepada semua premis perniagaan berkenaan.
 

  • oleh
  • Advertisement