Anda di sini

Nizam terima kunjungan JAPEN Tawau

Advertisement
 Nizam (dua kanan) semasa menerima kunjungan Pegawai Penerangan Tawau, Azuary Abdul Azis (dua kiri).
KUNJUNGAN: Nizam (dua kanan) semasa menerima kunjungan Pegawai Penerangan Tawau, Azuary Abdul Azis (dua kiri).

TAWAU: Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menerima kunjungan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sabah Cawangan Tawau, baru-baru ini.

Kunjungan yang diadakan di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tawau itu banyak membincangkan tentang penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia di daerah ini.

Komuniti yang akan ditubuhkan itu adalah badan sukarela yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum bagi memupuk nilai murni dan kenegaraan dalam merealisasikan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Gerakan sukarela komuniti akan bertindak sebagai rakan strategi untuk menyampaikan maklumat tentang kenegaraan, perpaduan dan dasar kerajaan kepada masyarakat di daerah ini.

  • oleh
  • Advertisement