Anda di sini

Nelayan hilang dalam kejadian bot terbalik

Advertisement
Penduduk tempatan berhampiran pantai yang menemui bot tersebut membantu mengalihkannya ke daratan.
Penduduk tempatan berhampiran pantai yang menemui bot tersebut membantu mengalihkannya ke daratan.

MIRI: Seorang nelayan hilang dikhuatiri lemas apabila bot dinaikinya dipercayai terbalik di perairan Kuala Niah, dekat sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.10 petang. 

"Terima maklumat awal pemanggil mengenai kejadian satu bot terbalik di perairan Kuala Niah menyebabkan seorang kru masih hilang, manakala seorang lagi kru berjaya menyelamatkan diri ke pantai. 

"Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 1.55 tengah hari. Maklumat mangsa lelaki yang masih belum ditemui itu akan menyusul kemudian," katanya dalam kenyataan media. 

Menurutnya, pasukan bomba telah menggerakkan aset ke lokasi kejadian pada jam 2.11 petang.

"Seramai enam anggota dari BBP Batu Niah diketuai Rary Binjie digerakkan ke lokasi bagi memulakan operasi pencarian mangsa. 

"Pasukan bomba mula menjalankan pencarian di pesisir pantai," ujarnya. 

  • oleh
  • Advertisement