Anda di sini

Empat cedera, dua kenderaan bertembung

Advertisement
 Pasukan bomba semasa mengeluarkan mangsa dari salah sebuah kenderaan selepas pertembungan di Jalan UMS di sini.
BERTEMBUNG: Pasukan bomba semasa mengeluarkan mangsa dari salah sebuah kenderaan selepas pertembungan di Jalan UMS di sini.

KOTA KINABALU: Empat individu mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan UMS di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata kejadian jam 1 pagi itu membabitkan dua kenderaan jenis sedan dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Pertembungan dua kenderaan itu membabitkan empat mangsa keseluruhan dan sebaik mendapat panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 1.09 pagi kita segera menggegaskan sepasukan anggota dari BBP Lintas ke lokasi.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi membantu mengeluarkan tiga mangsa termasuk dua wanita di kenderaan MPV dan seorang lelaki di kenderaan sedan.

“Kesemua mangsa diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital menaiki ambulans,” katanya.

Tambahnya operasi ditamatkan jam 2.05 pagi selepas keadaan sekitar lokasi kejadian selamat dari unsur bahaya lain.

  • oleh
  • Advertisement