Anda di sini

COVID-19: 91 kes baharu, tiada kluster aktif di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Jumlah kes jangkitan COVID-19 di Sarawak kekal dua angka, dengan 91 kes dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kini 250,932.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah 91 kes baharu itu, 31 kes membabitkan kategori 1 (tiada gejala) dan sejumlah 49 kes kategori 2 (gejala ringan).

Manakala lima kes terdiri daripada kategori 3 ( jangkitan paru-paru), satu kes kategori 4 (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan lima kes adalah kategori 5 (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

“Kuching merekodkan kes harian tertinggi dengan 26 kes diikuti Sibu (16), Miri (9), Serian (8), Bintulu (7), Limbang (5), Lawas (5), Lundu (3), Subis (3), Samarahan (2) dan Bau (2).

“Lain-lain satu kes masing-masing dikesan di Simunjan, Asajaya, Kapit, Sarikei dan Belaga,”ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.

JPBNS juga memaklumkan terdapat satu kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada 30 November 2021, membabitkan seorang lelaki berusia 79 tahun dari Sibu yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia.

Sementara itu, tiada kluster COVID-19 aktif dilaporkan manakala Kluster Jalan Sultan Tengah Rampangi, Kuching dan Kluster Jalan Ong Tiang Swee, Kuching masing-masing ditamatkan hari ini selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas.

  • oleh
  • Advertisement