Anda di sini

Sabah catat jumlah kemalangan elektrik tertinggi : Robert

Advertisement
 Robert ketika berucap pada majlis Penutupan Program Touchpoint anjuran Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Sabah di Bingkor
BERUCAP: Robert ketika berucap pada majlis Penutupan Program Touchpoint anjuran Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Sabah di Bingkor


KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik berkata, berdasarkan statistik Suruhanjaya Tenaga (ST), negeri Sabah mencatatkan jumlah kemalangan elektrik tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung.


Walau bagaimanapun jelasnya, kemalangan itu mungkin dapat dielakkan di masa hadapan dengan menerapkan pengetahuan tentang bahaya elektrik dalam kalangan masyarakat serta pelaksanaan kerja penyelenggaraan berterusan oleh pihak bertanggungjawab bagi memastikan pemasangan elektrik sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.


"Saya berharap dengan berlangsungnya Majlis Penutupan Program Touchpoint pada hari ini dapat memberikan nilai tambah dalam pengetahuan dan kesedaran kepada kesemua peserta yang hadir.


"Peserta terutama ketua-ketua masyarakat yang hadir bolehlah menyampaikan ilmu dan pengetahuan yang dikongsikan dalam majlis ini kepada saudara-mara, rakan-rakan, jiran-jiran dan orang-orang di sekeliling demi kebaikan serta manfaat bersama, " katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penutupan Program Touchpoint Di Dun Bingkor yang diadakan di Dewan Masyarakat Bingkor kelmarin.


Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor turut merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Tenaga kerana telah melaksanakan program itu yang diyakini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan elektrik.


"Terima kasih kepada Pengarah ST Pantai Barat Sabah, Pengurus SESB Keningau dan Pengurus Giatmara termasuk JPKK Dun Bingkor yang turut sama dalam menjayakan majlis ini secara langsung dalam menjayakan masjlis pada hari ini.


"Saya harap ilmu yang dikongsikan dalam majlis ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan keselamatan dan kecekapan dalam penggunaan elektrik dan gas yang secara tidak langsung mampu mengurangkan kadar kemalangan elektrik, " katanya.

  • oleh
  • Advertisement