Anda di sini

Rumah terbakar, tujuh sekeluarga kehilangan tempat tinggal

Advertisement
 Pasukan bomba semasa menjalankan operasi pemadaman kebakaran di rumah mangsa.
PADAM: Pasukan bomba semasa menjalankan operasi pemadaman kebakaran di rumah mangsa.

KENINGAU: Tujuh sekeluarga kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka di Jalan Magatang-Kampung Luanti Baru di sini musnah terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Sharudy Delamin berkata kejadian berlaku jam 9.29 malam kelmarin.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, kita menggegaskan 10 anggota bersama tiga jentera BBP Keningau ke lokasi.

“Kejadian membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dan pasukan bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air jentera serta sumber air terbuka iaitu daripada sungai berhampiran,” katanya.

Menurutnya kejadian dapat dikawal jam 10.47 malam daripada terus merebak ke rumah berhampiran. 

“Kejadian memusnahkan 90 peratus bahagian rumah mangsa bagaimanapun tiada kemalangan jiwa di laporkan dalam kes ini manakala jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Operasi ditamatkan 15 minit kemudian selepas pihak bomba memastikan tiada undur bahaya lain di lokasi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement