Anda di sini

Program Jelajah platform bantu selesai masalah rakyat

Advertisement
 Fadli (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Benedict sempena kunjungan ke MPS.
CENDERAHATI: Fadli (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Benedict sempena kunjungan ke MPS.

SANDAKAN: Pelaksanaan Program Jelajah perlu diteruskan sebagai usaha kerajaan untuk mencapai matlamat membantu rakyat di setiap kawasan di negeri ini.

Presiden Gerakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia Datuk Fadli Fathullah berkata, menerusi Program  Jelajah, ia bukan sahaja membantu rakyat, malah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi di setiap kawasan yang dilawati.

Katanya, bagi menjayakan Program Jelajah di negeri ini, ketua-ketua cawangan turut sama turun padang bersama pemimpin untuk membantu rakyat.

"Menerusi program ini juga kita menerima laporan daripada setiap kampung berkaitan masalah yang dihadapi termasuk masalah air, kebersihan, sampah, dan denggi untuk disampaikan kepada Majlis Perbandaran atau agensi kerajaan yang berkaitan supaya diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media bagi mewakili Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Ruddy Awah selepas membuat kunjungan di Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di sini hari ini.

Fadli berkata, Program Jelajah adalah inisiatif daripada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang bertujuan sebagai platform untuk mengutarakan masalah yang dihadapi rakyat.

"Kita gunakan ini sebagai pendekatan kepada masyarakat dengan setiap badan kerajaan supaya jika ada masalah, perkara itu tidak perlu ditularkan dan menyalahkan menteri.

"Sebaliknya ia terus diadukan atau dimaklumkan kepada pihak yang berkaitan untuk diselesaikan," katanya.

Terdahulu, Fadli turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Presiden MPS Benedict Asmat yang melaporkan diri bertugas di pejabat MPS hari ini.
 

Advertisement