Anda di sini

Pangazou juara Bola Sepak Veteran 50

Advertisement
 Jali (tengah) menyampaikan hadiah kejuaraan kepada Adelaide Cornelius mewakili pasukan Pangazou.
JUARA: Jali (tengah) menyampaikan hadiah kejuaraan kepada Adelaide Cornelius mewakili pasukan Pangazou.

SANDAKAN: Pasukan Pangazou dari Penampang muncul juara Pertandingan Bola Sepak 11S Veteran 50 2021 selepas menewaskan Sulaman Proper menerusi sepakan penalti.   

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam perlawanan akhir pertandingan itu dan juara ditentukan melalui sepakan penalti dengan kesudahan putusan 2-1.

Pasukan Pangazou telah membawa pulang wang tunai RM2,500, piala dan medal. Manakala, Sulaman Proper pula RM1,500, piala dan medal.

Perlawanan mencari tempat ketiga dan keempat tidak dilangsungkan selepas Pasukan Borneo Supervet dan Sabah Frenz bersetuju dengan syarat, Borneo Supervet mengambil kedudukan tempat ketiga.

Pertandingan Veteran 50 yang diadakan di Kompleks Sukan Sandakan selama dua hari itu disertai 16 pasukan bola sepak veteran seluruh negeri Sabah.

Lapan pasukan layak peringkat kumpulan ke Suku akhir iaitu Sabah Frenz, Kinabatangan Vet B, Labuk Vet, Borneo Supervet, Sulaman Proper, West Coast, APT Vet dan Pangazou.

Sabah Frenz menewaskan Kinabatangan Vet B dengan 2 jaringan tanpa balas, Labuk Vet tewas 0-1 pada Borneo Supervet, Sulaman Proper menewaskan West Coast 1-0 dan APT Vet tewas 0-1 pada Pangazau.

Peringkat separuh akhir, Sabah Frenz yang diikat 0-0 oleh Sulaman Proper telah tewas ketika sepakan penalti (2-3). Manakala Borneo Supervet yang juga diikat 1-1 oleh Pangazou telah tewas pada sepak penalti (2-3).

Kehadiran bekas pemain kebangsaan dan negeri Sabah telah memeriahkan pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu.

Antaranya, Matlan Marjan (Sabah Frenz), Razali Zinin (Sabah Frenz), Karti Tukimin (Sulaman Proper), Adelaide Cornelius (Pangazou), Mattusin Bowie (Sabah Frenz), John Tabad (Sabah Frenz).

Selain itu, Jekerison Kilan (Sabah Frenz), Eddie Lahan (Sulaman Proper), Jali @ Jalit Haji Taha (Sandakan Vet50), Otoh Tukimin (Sabah Franz) dan G. Ravichandran (Borneo Supervet). 

Terdapat juga pemain berusia 61 tahun yang turut menyertai pertandingan itu seperti Razali Zinin, Karti Tukimin dan Johnny Tan.

 Pasukan Pangazou (merah biru) bersama Sulaman Proper bergambar bersama pihak penganjur, Jali  dengan piala pertandingan.
ALBUM: Pasukan Pangazou (merah biru) bersama Sulaman Proper bergambar bersama pihak penganjur, Jali dengan piala pertandingan.

Pertandingan itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila yang juga Timbalan Pengerusi SAFA Sandakan, Mokran Ingkat.

Pengerusi penganjur yang juga Pengerusi Sandakan Vet50, Jali @ Jalit Haji Taha mengucapkan terima kasih kepada penaja utama Abdul Malik Yussof dan penyumbang-penyumbang lain sehingga berjaya pertandingan ini dilaksanakan.

“Saya juga merakamkan terima kasih kepada semua pemain dan pihak pengurusan pasukan yang menunjukkan komitmen dan disiplin sepanjang pertandingan berlangsung,”katanya.

Jali mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa bertugas dan pihak Kompleks Sukan Sandakan kerana memberikan bekerjasama baik dalam menjayakan pertandingan kali ini.

“Pertandingan yang pertama kali diadakan ini tidak akan terhenti disini, kita akan laksanakan pada tahun hadapan bagi menyeramakkan bola sepak di negeri ini.

“Perlawanan itu juga sekali gus mengimbau zaman kegemilangan Sabah di pentas kejohanan bola sepak negara, selain mengeratkan ikatan silaturahim dalam kalangan pemain bola sepak,”katanya.

  • oleh
  • Advertisement