Anda di sini

Lelaki tahan derita, cincin tersekat di jari manis

Advertisement
 Pasukan bomba semasa menjalankan operasi memotong cincin yang tersekat di jari manis mangsa.
SEKAT: Pasukan bomba semasa menjalankan operasi memotong cincin yang tersekat di jari manis mangsa.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas cincin dimiliki tersekat di jari manisnya sebelum mengambil keputusan mendapatkan bantuan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata pihak hospital kemudiannya menghubungi pihak bomba untuk bantuan khidmat khas memotong cincin itu kira-kira jam 3.52 petang.

“Bertindak dengan panggilan, sepasukan anggota digerakkan ke hospital bagi melakukan operasi memotong cincin dipakai mangsa terbabit.

"Anggota bomba memotong cincin itu menggunakan peralatan khas dan mengambil tempoh selama kira-kira 30 minit bagi menanggalkannya sebelum operasi tamat jam 4.36 petang," katanya.

  • oleh
  • Advertisement